Wednesday, June 30, 2010

terapi kelapa dara aminah

 

 

Khasiat Minyak Kelapa Dara AMIDAH / Health Benefits of Virgin Coconut Oil

  • Asid laurik bertindak sebagai pencegah segala penyakit.
  • Asid lemak berantai berupaya bertindak sebagai antibakteria, antivirus, anti fungal, anti parasit yang boleh bertindak keatas penyakit akibat jangkitan virus, bacteria, fungus, protozoa dan berfungsi sebagai antioksidan.
  • Meningkatkan metabolisma, menguatkan sistem ketahanan tubuh badan, memberikan sumber tenaga dan boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman.
  • Mengurangkan risiko serta membantu mengendalikan pengidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, angin ahmar, paru-paru, hati, hempedu, gaut & mengurangkan berat badan.
  • Membantu mencegah osteoporosis dan pembekuan darah.
  • Menstabilkan kadar kolestrol dan kadar gula dalam darah.
  • Meningkatkan kesihatan tyroid dan memperbaiki sIstem pencernaan.
  • Mengurangkan risiko demam, batuk, selsema dan asthma.
  • Mengurangkan sakit gigi dan sengatan serangga.
  • Membantu menyembuhkan tisu dan kulit yang cedera.
  • Membantu merawat kulit kepala dan menjadikan rambut kuat, bersinar serta tiada kelumumur.
  • Membantu merawat kulit agar tetap lembut, halus serta mengekalkan kelembapan.
  • Membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan kulit.
  • Membantu mengatasi sindrom keletihan dan lemah badan serta sakit sendi tulang.
  • Membantu merawat penyakit migrain, resdung, jerawat, panau, kurap dan lain-lain penyakit kulit.
  • Membantu mengendalikan kitaran haid & mencegah keputihan.
  • Membantu menguatkan tenaga batin.
  • Baik untuk perokok.
***** Petikan Berita ****
KUALA LUMPUR: Minyak Kelapa Dara mendapat tempat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mengambil kesempatan mempromosikan produk itu yang dikatakan mempunyai banyak khasiat terutama untuk kulit.
Beliau berkata minyak yang kini hangat diperkatakan itu mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang farmaseutikal untuk rawatan penyakit kulit, industri, kesihatan dan sebagai bahan asas penjagaan diri.
“… Saya ada bawa krimnya dan kalau yang berhormat berminat boleh jumpa saya di luar dewan… guna dulu sendiri yang berhormat, lepas tu kita boleh berkongsilah dari segi khasiat-khasiat krim yang diolah dari kelapa ini,” katanya menjawab soalan Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN-Hulu Terengganu) di Parlimen.
Beliau berkata Minyak Kelapa Dara yang ada di negara ini jernih jika dibandingkan dengan minyak yang dikeluarkan di Filipina dan Indonesia yang mempunyai warna kekuningan.
“Saya baru dapat maklumat, yang kita telah dapat keluarkan melalui teknologi yang terkini, ia putih macam air, jernih. Jadi kita sekarang ada ‘niche’ yang boleh digunakan untuk mengolah pelbagai lagi produk yang berkualiti tinggi.
“Sebab itulah ia juga boleh digunakan dalam pemakanan,” katanya.
Terdahulu, Rohani berkata Mardi telah menjalankan kajian mendalam penghasilan produk Minyak Kelapa Dara dengan menggunakan kaedah bioteknologi.
Jabatan Pertanian juga telah memulakan projek perintis untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara di empat kawasan iaitu Rengit (Johor), Sungai Air Tawar (Selangor), Bagan Datoh (Perak) dan Pekan (Pahang), katanya.
Beliau berkata setiap kawasan melibatkan 20 hingga 30 orang peserta dengan setiap peserta dibekalkan peralatan untuk pemprosesan.
“Bagi setiap kawasan, satu pusat pengumpulan untuk tujuan pemprosesan lanjutan akan turut diwujudkan,” katanya. BERNAMA


MINYAK KELAPA DARA ( VCO )
DIAKUI TERBAIK DI DUNIA
Sebagai Penawar Mujarab Di Muka Bumi


Apa itu Minyak Kelapa Dara?
Bagan Datoh telah diterokai lebih seratus tahun yang lalu. Dikenali sebagai ‘Coconut Paradise’. Bagan Datoh terkenal di Malaysia sebagai pembekal kelapa dan produk berasaskan kelapa yang terbesar dan bermutu tinggi di Malaysia.
Kini, isi kelapa tua yang segar diproses secara mesra alam ( bioteknologi ) melalui kaedah tradisional yang disaring secara berperingkat-peringkat bagi menghasilkan pati minyak tanpa menggunakan proses pemanasan, bahan kimia dan pengawet bagi mengekalkan kandungan nutriennya dan ia dinamakan Minyak Kelapa Dara atau dalam bahasa Inggeris di namakan Virgin Coconut Oil (VCO). Minyak Kelapa Dara amat berkhasiat dijadikan sebagai makanan tambahan ( food supplement ) dan untuk tujuan masakan harian.
Terdapat sebanyak 92% asid lemak di dalam Minyak Kelapa Dara adalah dari golongan asid lemak tepu (saturated fat) yang mengandungi 48% asid laurik, 8% asid kaprilik, 7% asid kaprik dan lain-lain asid yang dikategorikan dalam kelompok asid lemak berantai sederhana serta mengandungi unsur tenaga sebanyak 3.76 kalori/gram. Kualiti asid laurik yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara adalah sama dengan kualiti air susu ibu, yang ber- tindak sebagai pencegah segala penyakit. Ia juga mengandungi lain-lain pathogen bagi menguatkan sistem ketahanan tubuh badan.
Hasil kajian yang dijalankan oleh para saintis dari Eropah dan Amerika sejak tahun 1930an, mendapati Minyak Kelapa Dara mempunyai ciri-ciri anti virus dan anti bakteria serta mengandungi antioksida yang kuat bagi memacu metabolisma tubuh. Ia sangat baik dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana mempunyai bau serta rasa yang segar.serta bebas dari kandungan kolestrol.
Hasil kajian juga menunjukkan Minyak Kelapa Dara mengandungi tokoferol ( vitamin E ) yang tinggi sebanyak 40mg/kg dan didapati sangat baik untuk melembab menyegarkan kulit seluruh badan.Diproses tanpa penggunaan haba atau bahan kimia dan tidak melalui prose RBD ( Refned, Bleached & Deodorized ) di mana struktur asal dalamamnya dapat dikekalkan seasli-aslinya.
Selamat dimakan menurut senarai Generally Regarded As Safe ( GRAS ) di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (USFDA) merupakan sebuah badan paling berpengaruh yang mengawal selia keselamatan makanan dan ubat di Amerika Syarikat.

Dapatkan Produk Minyak Kelapa Dara AMIDAH VCO sekarang!
Minyak Kelapa Dara - Rahsia Alam Semula Jadi
Harga Promosi!
RM35.00 Sebotol!!! 




Picture Kehebatan kandungan minyak kelapa!!!Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.
Jadi apakah sebenarnya Virgin Coconut Oil?
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. 




Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:
1 - Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
2 - Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui
najis.3 - Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga
4 - Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya
penghadaman mencapai tahap maksimum.
5 - Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.
6 - Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap
7 - Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.
8 - Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
9 - Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
10- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
11- Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit. Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.
1 - Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
2 - Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
3 - Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

4 - Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.
5 - Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
6 - Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

7 - Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
8 - Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
9 - Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

10- Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.



AmidahVCO 
AmidahVCO yang mengandungi 100% pati minyak kelapa dara mampu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti serangan jantung dan juga kencing manis. Disamping juga dapat mengurangkan kolesterol tinggi dalam darah. Sesuai juga untuk yang pesakit mempunyai masalah resdung yang serius dan migrain. Minyak kelapa dara juga boleh mengurangkan berat badan dan  kepada yang mempunyai alahan kepada makanan. Boleh mencegah ruam lampin.

Cara penggunaan:

1-2 sudu teh untuk orang dewasa
1 sudu untuk kanak-kanak

Harga: RM35.00






Testimoni 1

Mr K,             Kuala Lumpur
Saya telah menggunakan minyak kelapa dara sebulan yang lalu.. setiap kali asya menggunakan minyak kelapa dara, saya mudah untuk membuang air besar dan setiap pagi saya akan merasa segar dan x malas lagi.. terima kasih kepada AmidahVCO dan saya yakin saya akan dapat mengurangkan kolesterol dalam darah setelah menggunakan produk ini..

Testimoni 2
Miss A, Kuala Lumpur
Setelah saya menggunakan AmidahVCO selama 3 hari.. Saya dapati resdung saya berkurangan. selama ini saya telah membelanjakan wang yang banyak untuk mengubati penyakit saya. Kini saya tak perlu lagi produk lain.. AmidahCVO pilihan saya.. 

 
Picture
Menurunkan Berat Badan
 
 
Ada beberapa alasan mengapa anda harus menginginkan berat badan ideal. Selain daripada keajaiban itu akan lakukan untuk anda penampilan fizikal, kelebihan berat badan meningkatkan risiko untuk mengembangkan host penyakit. Jika berat badan anda melebihi 20% atau lebih daripada berat badan ideal anda maka anda dianggap obesitas. Menyingkirkan kelebihan berat badan ini adalah hadiah terbaik yang boleh anda berikan sendiri.

Apa yang Membuat Anda Gemuk?
Anda baru sahaja selesai memakan sebungkus kentang masin dan minum dua botol soda. Anda menempah sepinggan nasi untuk makan malam anda daging panggang beberapa waktu yang lalu. Anda hampir selesai keseluruhan kotak donat dan coklat.Idealnya, anda hanya mengambil jumlah makanan yang diperlukan tubuh anda untuk menghasilkan tenaga. Makan lebih banyak daripada apa yang diperlukan akan membuat anda lebih besar. Semua makanan tambahan anda hanya dikonsumsi akan ditukar menjadi lemak dan terus pergi ke sel-sel lemak. Menghasilkan selulit di sekitar kaki, perut, dan lengan.

Bagaimanakah Virgin Coconut Oil boleh membantu?

Makanan menggunakan minyak kelapa dara adalah makanan yang sempurna. Satu-satunya yang akan membolehkan anda untuk makan lemak! Lemak minyak kelapa yang lebih sedikit kalori dari lemak lain dan mempromosikan kesihatan yang baik. Tidak seperti lemak lainnya, mereka tidak dikemas dalam lipoprotein dan beredar dalam aliran darah. Para MCFAs dihantar terus ke hati dan akan diubah menjadi tenaga. Proses pencernaan ini mempercepat metabolisme dan akan membuat anda kehilangan berat badan. Pengganti minyak sayuran lain dengan minyak kelapa dan memasukkannya dalam makanan anda setiap hari. MC Gill University penyelidik (berpusat di Kanada) mendapati bahawa (mengkonsumsi virgin coconut oil sendiri) boleh membuat anda kehilangan hingga 36 paun per tahun. Itu tidak bermakna bahawa anda boleh makan berlebihan. Untuk mempertahankan bahawa badan yang sihat, menggabungkan penggunaan minyak kelapa dengan diet yang seimbang. 
 
 

Masalah Resdung Yang Serius

Picture Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat negara ini. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat yang biasanya membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Rawatan resdung melalui amalan Minyak Kelapa DaraMinyak Kelapa dara dapat mengubati penyakit resdung dengan berkesan dengan cara meminum 1 sudu pagi dan malam dan kemudian sapukan pada pada bahagian muka Minyak kelapa itu juga, jika disapukan pada kulit boleh juga membunuh berbagai-bagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa selain dari membuatkan kulit menjadi lebih halus dan segar.